Monday 30 April 2018

BEKAS AMT PAN KELUAR PARTI MASUK STAR




Keningau,01 Mei : Bekas Ahli Majlis Tertinggi (AMT) Parti Kerjasama Anak Negeri (PAN) Eustachius John Jinuli bertindak keluar parti itu Sabtu lalu.
  Tindakan beliau keluar dari parti itu adalah disebabkan telah hilang kepercayaan kepada kepimpinan Datuk Henrynus Amin.
  Ekoran dari itu, Eustachius bersama lima lagi rakan lain sepakat untuk memilih Parti Solidariti Tanahairku (STAR) sebagai wadah perjuangan mereka.
  Katanya yang mengakui lebih percaya dengan perjuangan parti pimpinan Datuk Dr Jeffrey Kitingan untuk memperjuangkan hak rakyat Sabah.
  “Perjuangan yang dilakukan oleh Datuk Dr Jeffrey lebih Nampak berkesan berbanding PAN yang hanya retorik dalam perjuangan hak Sabah.
  “Mereka tidak serius untuk melaksanakan perjuangan untuk rakyat Sabah, sebab itu saya bertindak untuk meninggalkan parti itu dan menyertai STAR bersama rakan lain,”katanya.
  Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas menyerahkan borang keahlian kepada Presiden STAR Datuk Dr Jeffrey Kitingan di Sub Markas STAR Kampung Kitou Tambunan disini, kelmarin.
   Pada majlis itu, lebih 300 penduduk sekitar hadir menghadiri majlis yang turut diadakan beberapa aktiviti lain termasuk ceramah.

Share:

Sunday 18 March 2018

LEBIH 1,000 HADIR SAMBUTAN TAHUN BARU CINA DI GAPARI GARDEN


Tambunan,19 Mac: Presiden Parti Solidariti Tanah Airku (STAR) Datuk Dr Jeffrey Kitingan menyertai kira-kira lebih 1,000 rakyat tempatan sekitar daerah ini bagi memeriahkan Majlis Sambutan Tahun Baru Cina di Taman Gapari disini, Sabtu lalu.
  Majlis sambutan yang dirayakan secara sederhana itu turut meraikan anak-anak yatim Bondulu Toboh Tambunan.
  Dr Jeffrey berkata, sambutan yang diadakan itu adalah bagi berkongsi kegembiraan bersama masyarakat Tiong Hua khususnya di daerah ini.
  “Selain itu, kita juga ingin memberi kegembiraan dengan berkongsi rezeki yang ada dengan golongan memerlukan seperti anak-anak yatim yang hadir kali ini.
  “Jika ada rezeki pada masa akan datang, kita akan merayakan majlis seumpama ini agar semua rakyat dapat bersama meraikan perayaan dalam satu majlis,”katanya.
  Dalam majlis sama, Dr Jeffrey turut melancarkan Jentera Pilihanraya Dewan Undangan Negeri (DUN) Tambunan.
  Pada majlis pelancaran itu, sebanyak 16 Jawatankuasa Daerah Mengundi (JDM) menyerahkan gerak kerja jentera kepada Dr Jeffrey.
  Katanya, pihaknya amat yakin dengan kekuatan jentera parti bersama rakan dalam Gabungan Sabah (GS) menghadapi Pilihan Raya Umum ke 14 (PRU14) akan datang.
  “Saya yakin kita semua sudah bersedia menghadapi PRU14 akan datang dan saya juga yakin Tambunan akan menjadi milik kita dan GS.
  “Selain itu juga kerja keras semua pihak juga akan menjamin kemenangan dan ia sangat diperlukan diperingkat akar umbi khususnya di JDM,”katanya.
  Dr Jeffrey berkata, Taman Gapari akan menjadi pusat operasi semua markas menjelang PRU akan datang.
  Terdahulu, Pengerusi perayaaan sambutan Tahun Baru Cina Terence Yong turut merakamkan penghargaan kepada semua pihak yang menjayakan majlis berkenaan.








Share:

Monday 26 February 2018

STAR MAHU RAKYAT SABAH SEDAR DAN PEKA



Kota Kinabalu, 27 Februari : Presiden Parti Solidariti Tanah Airku (STAR) Datuk Dr Jeffrey Kitingan mahu rakyat negeri ini sedar dan peka terhadap ‘lakonan’ dan sandiwara Barisan Nasional (BN) dan Parti Warisan Sabah (Warisan).
  Katanya, BN melalui UMNO kini diambang keretakan kepimpinan namun masih giat menyusun strategi licik untuk terus menjajah negeri Sabah.
  “Ketika presiden Warisan Datuk Seri Mohd Shafie Apdal mengumumkan perletakkan jawatan dalam UMNO dahulu, beliau dengan penuh rasa sedih menyatakan bahawa dia masih sayangkan UMNO iaitu parti keramat bagi dirinya.
  “Ini jelas membuktikan mereka mempunyai agenda tersirat yang perlu difahami dan diperhalusi oleh rakyat Sabah,”katanya dalam satu kenyataan disini.
  Jeffrey berkata, agenda bagi ‘menjajah’ Sabah turut dapat dilihat melalui kepimpinan bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohammad yang kini mengetuai kepimpinan Pakatan Harapan (PH) di Semenanjung.
  “Beliau (Tun) juga pernah menjelaskan bahawa ingin menjatuhkan kepimpinan Perdana Menteri sekarang iaitu Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak bagi menyelamatkan UMNO.
  “Jelas disini Tun akan kembali kepada UMNO setelah Najib berjaya dijatuhkan  dan UMNO akan terus menguasai selain terus menjajah Sabah,”katanya.
  Sementara itu, Jeffrey berkata, pihaknya yakin gandingan Tun Mahathir, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Mohd Shafie adalah dalam kumpulan UMNO Team B yang masih berjiwa UMNO dan BN.
  “Sekiranya UMNO Kumpulan B ini menang maka Mahathir akan dilantik semula sebagai Perda Menteri Malaysia dan jelas terbukti apabila PH bersetuju bahawa bakal calon Perdana Menteri adalah Mahathir.
  “Inilah yang akan disokong oleh Warisan dan dengan slogan ‘Regime Change’ mereka maka sangat jelas Mohd Shafie turut menyokong penuh tanpa berbelah bahagi kepada Mahathir,”katanya.
  Menurutnya, jelas Warisan akan menjadi ‘jambatan’ kepada parti Malaya untuk terus menguasai dan menjajah Sabah.
  Dalam pada itu, Jeffrey turut tertarik dengan pandangan individu bernama Juliana Siton yang tanpa sedar hanya mencari kedudukan dan populariti atas kepercayaan bahawa kumpulan ini sahaja mampu menumbangkan UMNO.
  “Menurut artikel yang diperkatakan Juliana, jelas melihatkan bahawa beliau tidak mempunyai perjuangan tulen, tiada pendirian dalam politik dan prinsip kerana sanggup berbuat apa saja termasuk ‘menjilat ludah sendiri’ yang pernah dilemparkan kepada Tun suatu masa dulu.
  “Sayang sekali individu seperti Juliana Siton seorang warga KDM kerana sanggup mengkhianati bangsa dan perjuangannya sendiri demi kedudukan,”katanya.



Share:

Tuesday 20 February 2018

PARTI DALAM GS IKHLAS BERJUANG UNTUK RAKYAT



Tambunan, 20 Februari : Perjuangan murni empat buah parti tempatan dalam Gabungan Sabah (GS) bagi memperjuangkan hak rakyat negeri ini menjadi faktor utama kepada masyarakat setempat untuk berjuang dalam politik.
  Ini terbukti apabila mantan presiden Kesatuan Pekerja-Pekerja Perlombongan Sabah Davis Salang memilih Parti Solidariti Tanah Airku (STAR) sebagai wadah perjuangan untuk mempertahankan hak rakyat yang di ‘anaktirikan’ kerajaan sebelum ini.
  “Saya memilih STAR dan menyokong parti dalam GS adalah atas kesedaran sendiri selain tertarik dengan 15 Teras Perjuangan GS.
  “Yang mana empat buah parti dalam GS akan berjuang sepenuhnya bagi memulihkan kembali autonomi Sabah,”katanya.
  Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas menyerahkan borang keahlian kepada Ahli Majlis Tertinggi (AMT) STAR Alexious Kiob di Taman Gapari disini baru-baru ini.
  Hadir sama Ketua Bahagian Parti Harapan Rakyat Sabah (Harapan Rakyat) Keningau Justin Yonsoding.\
  Menurutnya, rakyat perlu memilih wadah perjuangan lebih awal sebelum terlambat dan yakin kerajaan mampu diubah pada Pilihan Raya Umum ke 14 (PRU14) akan datang.



Share:

Friday 9 February 2018

WALKABOUT TAHUN BARU CINA MENDAPAT SAMBUTAN DI TAMBUNAN



Tambunan, 7 Februari: Presiden Parti Solidariti Tanah Airku (STAR) merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bingkor Datuk Dr Jeffrey Kitingan bersama kepimpinan parti tempatan dalam Gabungan Sabah (GS) berjaya mengadakan Walkabout sempena Tahun Baru Cina.
  Program yang diadakan Rabu lalu itu turut dihadiri Ketua Bahagian STAR Tambunan Patrick Paunil; Ketua Bahagian Bingkor Robert Tawik dan Ketua Bahagian Liawan Kong Fui Seng.
  Datuk Dr Jeffrey serta kepimpinan lain hadir beramah mesra dengan masyarakat setempat selain mengagihkan Kalendar Tahun Baru Cina yang memaparkan 15 Teras Perjuangan GS.
  Lebih membanggakan apabila kehadiran mereka turut mendapat sambutan menggalakkan penduduk setempat dan akan menyokong perjuangan parti dalam GS.
  Aktiviti ini juga adalah program tahunan selain ingin mendengar segala permasalahan dan cadangan dari masyarakat setempat.


Share:

Total Pageviews

Followers