Keningau,01 Mei : Bekas Ahli Majlis
Tertinggi (AMT) Parti Kerjasama Anak Negeri (PAN) Eustachius John Jinuli
bertindak keluar parti itu Sabtu lalu.
Tindakan beliau keluar dari parti itu adalah disebabkan telah hilang
kepercayaan kepada kepimpinan Datuk Henrynus Amin.
Ekoran dari itu, Eustachius bersama lima lagi rakan lain sepakat untuk
memilih Parti Solidariti Tanahairku (STAR) sebagai wadah perjuangan mereka.
Katanya yang mengakui lebih percaya dengan perjuangan parti pimpinan
Datuk Dr Jeffrey Kitingan untuk memperjuangkan hak rakyat Sabah.
“Perjuangan yang dilakukan oleh Datuk Dr Jeffrey lebih Nampak berkesan
berbanding PAN yang hanya retorik dalam perjuangan hak Sabah.
“Mereka tidak serius untuk melaksanakan perjuangan untuk rakyat Sabah,
sebab itu saya bertindak untuk meninggalkan parti itu dan menyertai STAR
bersama rakan lain,”katanya.
Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas menyerahkan borang
keahlian kepada Presiden STAR Datuk Dr Jeffrey Kitingan di Sub Markas STAR
Kampung Kitou Tambunan disini, kelmarin.
Pada majlis itu, lebih 300 penduduk sekitar hadir menghadiri majlis yang
turut diadakan beberapa aktiviti lain termasuk ceramah.
0 comments:
Post a Comment