Monday 26 February 2018

STAR MAHU RAKYAT SABAH SEDAR DAN PEKA



Kota Kinabalu, 27 Februari : Presiden Parti Solidariti Tanah Airku (STAR) Datuk Dr Jeffrey Kitingan mahu rakyat negeri ini sedar dan peka terhadap ‘lakonan’ dan sandiwara Barisan Nasional (BN) dan Parti Warisan Sabah (Warisan).
  Katanya, BN melalui UMNO kini diambang keretakan kepimpinan namun masih giat menyusun strategi licik untuk terus menjajah negeri Sabah.
  “Ketika presiden Warisan Datuk Seri Mohd Shafie Apdal mengumumkan perletakkan jawatan dalam UMNO dahulu, beliau dengan penuh rasa sedih menyatakan bahawa dia masih sayangkan UMNO iaitu parti keramat bagi dirinya.
  “Ini jelas membuktikan mereka mempunyai agenda tersirat yang perlu difahami dan diperhalusi oleh rakyat Sabah,”katanya dalam satu kenyataan disini.
  Jeffrey berkata, agenda bagi ‘menjajah’ Sabah turut dapat dilihat melalui kepimpinan bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohammad yang kini mengetuai kepimpinan Pakatan Harapan (PH) di Semenanjung.
  “Beliau (Tun) juga pernah menjelaskan bahawa ingin menjatuhkan kepimpinan Perdana Menteri sekarang iaitu Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak bagi menyelamatkan UMNO.
  “Jelas disini Tun akan kembali kepada UMNO setelah Najib berjaya dijatuhkan  dan UMNO akan terus menguasai selain terus menjajah Sabah,”katanya.
  Sementara itu, Jeffrey berkata, pihaknya yakin gandingan Tun Mahathir, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Mohd Shafie adalah dalam kumpulan UMNO Team B yang masih berjiwa UMNO dan BN.
  “Sekiranya UMNO Kumpulan B ini menang maka Mahathir akan dilantik semula sebagai Perda Menteri Malaysia dan jelas terbukti apabila PH bersetuju bahawa bakal calon Perdana Menteri adalah Mahathir.
  “Inilah yang akan disokong oleh Warisan dan dengan slogan ‘Regime Change’ mereka maka sangat jelas Mohd Shafie turut menyokong penuh tanpa berbelah bahagi kepada Mahathir,”katanya.
  Menurutnya, jelas Warisan akan menjadi ‘jambatan’ kepada parti Malaya untuk terus menguasai dan menjajah Sabah.
  Dalam pada itu, Jeffrey turut tertarik dengan pandangan individu bernama Juliana Siton yang tanpa sedar hanya mencari kedudukan dan populariti atas kepercayaan bahawa kumpulan ini sahaja mampu menumbangkan UMNO.
  “Menurut artikel yang diperkatakan Juliana, jelas melihatkan bahawa beliau tidak mempunyai perjuangan tulen, tiada pendirian dalam politik dan prinsip kerana sanggup berbuat apa saja termasuk ‘menjilat ludah sendiri’ yang pernah dilemparkan kepada Tun suatu masa dulu.
  “Sayang sekali individu seperti Juliana Siton seorang warga KDM kerana sanggup mengkhianati bangsa dan perjuangannya sendiri demi kedudukan,”katanya.



Share:

0 comments:

Post a Comment

Total Pageviews

Followers