Monday 26 February 2018

STAR MAHU RAKYAT SABAH SEDAR DAN PEKA



Kota Kinabalu, 27 Februari : Presiden Parti Solidariti Tanah Airku (STAR) Datuk Dr Jeffrey Kitingan mahu rakyat negeri ini sedar dan peka terhadap ‘lakonan’ dan sandiwara Barisan Nasional (BN) dan Parti Warisan Sabah (Warisan).
  Katanya, BN melalui UMNO kini diambang keretakan kepimpinan namun masih giat menyusun strategi licik untuk terus menjajah negeri Sabah.
  “Ketika presiden Warisan Datuk Seri Mohd Shafie Apdal mengumumkan perletakkan jawatan dalam UMNO dahulu, beliau dengan penuh rasa sedih menyatakan bahawa dia masih sayangkan UMNO iaitu parti keramat bagi dirinya.
  “Ini jelas membuktikan mereka mempunyai agenda tersirat yang perlu difahami dan diperhalusi oleh rakyat Sabah,”katanya dalam satu kenyataan disini.
  Jeffrey berkata, agenda bagi ‘menjajah’ Sabah turut dapat dilihat melalui kepimpinan bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohammad yang kini mengetuai kepimpinan Pakatan Harapan (PH) di Semenanjung.
  “Beliau (Tun) juga pernah menjelaskan bahawa ingin menjatuhkan kepimpinan Perdana Menteri sekarang iaitu Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak bagi menyelamatkan UMNO.
  “Jelas disini Tun akan kembali kepada UMNO setelah Najib berjaya dijatuhkan  dan UMNO akan terus menguasai selain terus menjajah Sabah,”katanya.
  Sementara itu, Jeffrey berkata, pihaknya yakin gandingan Tun Mahathir, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Mohd Shafie adalah dalam kumpulan UMNO Team B yang masih berjiwa UMNO dan BN.
  “Sekiranya UMNO Kumpulan B ini menang maka Mahathir akan dilantik semula sebagai Perda Menteri Malaysia dan jelas terbukti apabila PH bersetuju bahawa bakal calon Perdana Menteri adalah Mahathir.
  “Inilah yang akan disokong oleh Warisan dan dengan slogan ‘Regime Change’ mereka maka sangat jelas Mohd Shafie turut menyokong penuh tanpa berbelah bahagi kepada Mahathir,”katanya.
  Menurutnya, jelas Warisan akan menjadi ‘jambatan’ kepada parti Malaya untuk terus menguasai dan menjajah Sabah.
  Dalam pada itu, Jeffrey turut tertarik dengan pandangan individu bernama Juliana Siton yang tanpa sedar hanya mencari kedudukan dan populariti atas kepercayaan bahawa kumpulan ini sahaja mampu menumbangkan UMNO.
  “Menurut artikel yang diperkatakan Juliana, jelas melihatkan bahawa beliau tidak mempunyai perjuangan tulen, tiada pendirian dalam politik dan prinsip kerana sanggup berbuat apa saja termasuk ‘menjilat ludah sendiri’ yang pernah dilemparkan kepada Tun suatu masa dulu.
  “Sayang sekali individu seperti Juliana Siton seorang warga KDM kerana sanggup mengkhianati bangsa dan perjuangannya sendiri demi kedudukan,”katanya.



Share:

Tuesday 20 February 2018

PARTI DALAM GS IKHLAS BERJUANG UNTUK RAKYAT



Tambunan, 20 Februari : Perjuangan murni empat buah parti tempatan dalam Gabungan Sabah (GS) bagi memperjuangkan hak rakyat negeri ini menjadi faktor utama kepada masyarakat setempat untuk berjuang dalam politik.
  Ini terbukti apabila mantan presiden Kesatuan Pekerja-Pekerja Perlombongan Sabah Davis Salang memilih Parti Solidariti Tanah Airku (STAR) sebagai wadah perjuangan untuk mempertahankan hak rakyat yang di ‘anaktirikan’ kerajaan sebelum ini.
  “Saya memilih STAR dan menyokong parti dalam GS adalah atas kesedaran sendiri selain tertarik dengan 15 Teras Perjuangan GS.
  “Yang mana empat buah parti dalam GS akan berjuang sepenuhnya bagi memulihkan kembali autonomi Sabah,”katanya.
  Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas menyerahkan borang keahlian kepada Ahli Majlis Tertinggi (AMT) STAR Alexious Kiob di Taman Gapari disini baru-baru ini.
  Hadir sama Ketua Bahagian Parti Harapan Rakyat Sabah (Harapan Rakyat) Keningau Justin Yonsoding.\
  Menurutnya, rakyat perlu memilih wadah perjuangan lebih awal sebelum terlambat dan yakin kerajaan mampu diubah pada Pilihan Raya Umum ke 14 (PRU14) akan datang.



Share:

Friday 9 February 2018

WALKABOUT TAHUN BARU CINA MENDAPAT SAMBUTAN DI TAMBUNAN



Tambunan, 7 Februari: Presiden Parti Solidariti Tanah Airku (STAR) merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bingkor Datuk Dr Jeffrey Kitingan bersama kepimpinan parti tempatan dalam Gabungan Sabah (GS) berjaya mengadakan Walkabout sempena Tahun Baru Cina.
  Program yang diadakan Rabu lalu itu turut dihadiri Ketua Bahagian STAR Tambunan Patrick Paunil; Ketua Bahagian Bingkor Robert Tawik dan Ketua Bahagian Liawan Kong Fui Seng.
  Datuk Dr Jeffrey serta kepimpinan lain hadir beramah mesra dengan masyarakat setempat selain mengagihkan Kalendar Tahun Baru Cina yang memaparkan 15 Teras Perjuangan GS.
  Lebih membanggakan apabila kehadiran mereka turut mendapat sambutan menggalakkan penduduk setempat dan akan menyokong perjuangan parti dalam GS.
  Aktiviti ini juga adalah program tahunan selain ingin mendengar segala permasalahan dan cadangan dari masyarakat setempat.


Share:

Total Pageviews

Followers