Tuesday 20 February 2018

PARTI DALAM GS IKHLAS BERJUANG UNTUK RAKYAT



Tambunan, 20 Februari : Perjuangan murni empat buah parti tempatan dalam Gabungan Sabah (GS) bagi memperjuangkan hak rakyat negeri ini menjadi faktor utama kepada masyarakat setempat untuk berjuang dalam politik.
  Ini terbukti apabila mantan presiden Kesatuan Pekerja-Pekerja Perlombongan Sabah Davis Salang memilih Parti Solidariti Tanah Airku (STAR) sebagai wadah perjuangan untuk mempertahankan hak rakyat yang di ‘anaktirikan’ kerajaan sebelum ini.
  “Saya memilih STAR dan menyokong parti dalam GS adalah atas kesedaran sendiri selain tertarik dengan 15 Teras Perjuangan GS.
  “Yang mana empat buah parti dalam GS akan berjuang sepenuhnya bagi memulihkan kembali autonomi Sabah,”katanya.
  Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas menyerahkan borang keahlian kepada Ahli Majlis Tertinggi (AMT) STAR Alexious Kiob di Taman Gapari disini baru-baru ini.
  Hadir sama Ketua Bahagian Parti Harapan Rakyat Sabah (Harapan Rakyat) Keningau Justin Yonsoding.\
  Menurutnya, rakyat perlu memilih wadah perjuangan lebih awal sebelum terlambat dan yakin kerajaan mampu diubah pada Pilihan Raya Umum ke 14 (PRU14) akan datang.



Share:

0 comments:

Post a Comment

Total Pageviews

Followers